IPOH 11 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penjawat awam dan seorang pengurus syarikat pengurusan acara kerana dipercayai menyeleweng peruntukan kerajaan negeri bernilai RM3.5 juta pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018. Perintah tahanan reman selama enam dan lima hari masing-masing terhadap suspek berusia 44 dan 39 tahun itu bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab di Mahkamah Majistret di sini. Terdahulu, kedua-dua…









