IPOH 11 April – Seorang penjawat awam dan seorang pengurus syarikat pengurusan acara direman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan kerajaan negeri bernilai RM3.5 juta semasa temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018. Perintah tahanan reman selama enam dan lima hari bermula hari ini terhadap suspek berusia 44 dan 39 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab di Mahkamah Majistret di sini.…










