SHAH ALAM 11 April – Seorang bekas pembantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan seorang pembantu tadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan meminta dan menerima suapan wang tunai berhubung kegiatan rumah urut. Shah Rizal Ismail Basha, 40, dan Qairul Redza Mohd. Hadzri, 35, masing-masing membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.…










