Dua anggota JPJ, APAD direman kes lindungi lori kebal - Utusan Malaysia

Dua anggota JPJ, APAD direman kes lindungi lori kebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Tiga individu termasuk dua anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan kes meminta suapan bagi melindungi pemandu lori kebal di sekitar negeri ini. Majistret L. Umma Devi membenarkan permohonan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes tersebut. Mereka yang ditahan ialah dua anggota penguat kuasa masing-masing dari JPJ Pulau Pinang dan JPJ Perlis serta seorang bekas anggota Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN