MELAKA – DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) menafikan dakwaan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) memonopoli industri pemeriksaan kenderaan persendirian dan komersial di Malaysia. Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Sri Syed Faisal Albar berkata, adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa Puspakom bertindak sebagai monopoli kerana syarikat tersebut ditubuhkan sendiri oleh kerajaan dalam menjalankan pemeriksaan kenderaan berasaskan kepentingan umum. Beliau berkata, koglomerat itu kemudiannya telah mengambil alih Puspakom dalam meneruskan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang sebelum ini dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). “Justeru itu, tidak timbul isu berkenaan Puspakom memonopoli…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya