KUALA LUMPUR – Pengarah drama rantaian Nur 2, Shahrulezad Mohameddin menyifatkan drama terbaharu arahannya itu tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan kanak-kanak. Shahrulezad berkata, isu-isu yang diketengahkan dalam Nur 2 terlalu berat dan disebabkan hal itu, drama lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli tersebut diklasifikasikan sebagai P13, iaitu untuk tontonan penonton berumur 13 tahun ke atas dengan bimbingan ibu bapa. “Mungkin ada yang masih belum faham kenapa Nur 2 diklasifikasikan…










