HULU KELANG – Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac menjelaskan beliau tidak akan terlibat dalam aktiviti lakonan mahupun penerbitan filem atau drama sepanjang pelantikannya dengan jawatan itu. Jelas Hans atau nama lengkapnya Gerald Hans Isaac, 48, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas-tugas membangunkan industri menerusi Finas. Terdahulu, Hans dilantik selaku Pengerusi perbadanan itu berkuat kuasa pada 8 April lalu seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan…









