GOPENG – Tiada sebarang petunjuk baharu ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu. Selepas memasuki hari ke – 14 pencarian semalam, pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta sukarelawan yang terdiri daripada orang awam masih gagal mengesan bukti kukuh bagi menjejak juruteknologi makmal itu. Ketua Zon 1 JBPM Perak, Mohd. Khairul Jamil…









