KUANTAN 8 April – Jurulatih PJ City, K. Devan memuji aksi anak buahnya yang mempamerkan disiplin tinggi bagi berkongsi mata dengan Pahang. Keputusan seri itu, katanya, sangat bermakna memandangkan kelab tersebut bertemu pasukan serba mantap terutama di bahagian serangan. “Saya puji komitmen tinggi semua pemain menyekat Pahang mengutip tiga mata terutama penjaga gol, Mohd. Muhaimin Mohamad yang beraksi cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya Tok Gajah terutama daripada Dickson Nwakaeme,” kata…










