Dembele mungkin ‘on’ menentang Man U - Utusan Malaysia

Dembele mungkin ‘on’ menentang Man U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 5 April – Pemain sayap Barcelona, Ousmane Dembele kembali menjalani latihan hari ini, sekali gus meningkatkan harapan bahawa dia bakal pulih daripada kecederaan hamstring menjelang kunjungan ke Manchester United bagi aksi Liga Juara-Juara minggu depan.

“Jasper Cillessen (juga direhatkan ekoran kecederaan) dan Ousmane Dembele kembali ke dalam latihan,” kata pendahulu La Liga itu menerusi laman sesawang mereka.

Dembele disisihkan hampir sebulan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika Barca menang 5-1 ke atas Lyon 14 Mac lalu, di mana menempahkan mereka berdepan Manchester United, dengan pemain Perancis itu melengkapkan kemenangan bergaya setelah dimasukkan pada babak kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Media Sepanyol melaporkan bahawa pemenang Piala Dunia itu tidak akan beraksi hujung minngu ini bertemu Atletico Madrid, yang menghuni tangga kedua dengan beza lapan mata di belakang Barca, yang sedia bertandang ke Old Trafford pada Rabu ini.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini