Dandang merupakan satu jentera penting bagi sesebuah premis atau industri bagi penghasilan stim untuk diguna pakai dalam pemprosesan produk dan penjanaan kuasa elektrik. Ia merupakan jantung kepada sesebuah kilang kerana stim yang dihasilkan oleh dandang amat meluas penggunaannya. Kebanyakan penggunaan stim daripada dandang lebih tertumpu kepada memusingkan turbin untuk penjanaan kuasa elektrik dan pemanasan produk, namun penggunaannya di hospital amat penting bagi menyahkuman atau steril perkakasan pembedahan untuk mengelak jangkitan…










