DBKL bantu atasi tebing runtuh di tanah perkuburan - Utusan Malaysia

DBKL bantu atasi tebing runtuh di tanah perkuburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 April – Penutupan permukaan tanah runtuh di Tanah Perkuburan Islam Bukit C, Jalan Pantai Murni, Bukit Kerinchi di sini telah dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan tarpaulin.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, susulan tindakan pihak berkuasa tempatan itu, beliau akan berbincang dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Ikhlasiah bagi menumpukan usaha membina semula dinding dan mengukuhkan tebing tanah di kawasan itu.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku ekoran mendapan tanah selepas hujan lebat yang kerap berlaku kebelakangan ini.

“Saya dapati tanah yang terdedah agak berisiko untuk terhakis jika hujan lebat berulang. Saya telah hubungi Jawi dan DBKL untuk mohon bantuan segera.

“Saya dan pasukan di pejabat Ahli Parlimen akan terus pantau keadaan di sini,” katanya dalam satu catatan Facebook miliknya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×