PARIS 22 April – Bintang Brazil, Dani Alves muncul pemain paling berjaya dalam sejarah bola sepak dunia apabila meraih gelaran ke-42 sepanjang kariernya hari ini. Pencabar terdekat PSG, Lille, sekadar seri tanpa jaringan menentang Toulouse, sekali gus membolehkan skuad Thomas Tuchel memenangi gelaran Liga 1 lebih awal biarpun berbaki enam perlawanan. Alves memenangi 42 trofi pada usia 36 tahun selepas berkhidmat dengan pasukan gergasi Eropah, Barcelona, Juventus dan sekarang, PSG.…










