KUALA LUMPUR 11 April – Dakwaan kononnya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengejar kapal penguat kuasa Indonesia sehingga menceroboh perairan negara tersebut adalah tidak benar. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar menegaskan kawasan yang didakwa diceroboh itu adalah kawasan perairan yang masih belum dimuktamadkan pemilikannya oleh Malaysia serta Indonesia. “Kita sedia maklum mengenai kejadian yang berlaku Selasa lalu itu dan tahu yang ia berlaku…









