BAGHDAD 29 April – Ketua kumpulan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi mengakui kekalahan mereka di Baghouz, Syria namun mengancam serangan ‘balas dendam’, semalam. Abu Bakr membuat penampilan pertamanya selepas lima tahun dalam video propaganda yang dikeluarkan itu. Orang paling dikehendaki itu kali terakhir dilihat di Mosul pada 2014 mengumumkan kelahiran Daesh di Iraq dan Syria. Dalam pada itu, Abu Bakr juga menyatakan serangan pada Easter di Sri Lanka membunuh 253 orang itu sebagai ‘balas dendam untuk saudara mereka di Baghouz’. Dia menekankan bahawa operasi Daesh terhadap Barat merupakan ‘perlawanan panjang’ dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya