IPOH 30 April – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan memohon kepada kerajaan persekutuan agar dapat memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam di seluruh negara. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, CUEPACS akan mengutus surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung perkara itu dalam waktu terdekat ini iaitu ketika umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. “Macam biasa…