LONDON – Tindakan agresif penyerang Atletico Madrid, Diego Costa yang menghina pengadil perlawanan, Jesus Gil Manzano pada pertemuan dengan Barcelona Sabtu lalu bakal menyebabkan dia dikenakan hukuman penggantungan lapan hingga 12 perlawanan La Liga. Costa dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama selepas dilihat menyerang dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Manzano. Bukan itu sahaja, Costa juga dilihat turut bertindak memegang lengan Manzano ketika pengadil tersebut ingin melayangkan kad kuning ke atas dua rakan sepasukannya, Diego Godin dan Jose Maria Gimenez. Sekiranya Costa digantung hingga lapan perlawanan, pemain berusia 30 tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya