Cipta logo Hari Belia, menang RM3,000 - Utusan Malaysia

Cipta logo Hari Belia, menang RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 April – Wang tunai RM3,000 menanti golongan belia yang berjaya mencipta logo dalam pertandingan anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) sempena sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei ini.

PENYERTAAN adalah percuma dan peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan namun hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang sebelum 15 April ini. – UTUSAN ONLINE

MBM dalam satu kenyataan memaklumkan, pertandingan bertema `Youth Power’ itu terbuka kepada belia berusia antara 15 hingga 40 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penyertaan adalah percuma dan logo yang terpilih akan diguna pakai bagi kesemua aktiviti promosi, pameran atau percetakan sempena sambutan pada tahun ini.

“Semua penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 15 April ini, pukul 12 tengah malam,” menurut MBM.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan, orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook MBM atau Jabatan Belia dan Sukan Negara atau laman web http://belia.org.my/wp/2019/04/05/pertandingan-mencipta-logo-hari-belia-negara/. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini