KUALA LUMPUR 11 April – Berita baik bagi peminat motosikal berkuasa tinggi yang sukakan kelajuan, Honda memperkenalkan model terbaharunya, CBR650R dan CB650R. CBR650R didatangkan dengan enjin lebih berkuasa dan kerangka lebih ringan berbanding model yang digantinya, CBR650F. Enjin empat silinder sejajar CBR650R menyediakan kuasa tambahan lima peratus berbanding model terdahulu menerusi revolusi 1,000 rpm lebih tinggi. Selain itu, kerangkanya enam kilogram lebih ringan berbanding CBR650F. Bagi CB650R pula, model berkonsepkan Neo Sports Cafe itu diperkenalkan selepas permintaan memberangsangkan terhadap CB1000R dan CB250R yang memasuki pasaran pada tahun lepas. Didatangkan sama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya