JAKARTA 6 April – Calon-calon muda Dewan Perwakilan Rakyat mencipta populariti secara mendadak dalam laman media sosial selepas mengumumkan untuk bertanding pilihan raya umum (Pemilu) dan dilihat memanfaatkan platform itu untuk mendekati pengundi. Mereka menggunakan pelbagai kreativiti termasuk memuatkan aktiviti serta keratan kenyataan dalam laman sosial yang kemudian meraih banyak komen pengguna internet. Felo Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS)-Yusof Ishak di Singapura, Dr. Budi Irawanto memberitahu, calon milenium lebih mudah…










