KUALA LUMPUR 2 April – Perbadanan gadai janji nasional, Cagamas Berhad (Cagamas) dan Korea Housing Finance Corporation (KHFC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi meneroka kaedah pembiayaan perumahan bagi menggalakkan pemilikan di negara masing-masing. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong berkata, inisiatif kerjasama itu bermatlamat mengukuhkan kerjasama strategik antara Malaysia dan Korea termasuk perkongsian penyelidikan dan pengetahuan berkaitan pembiayaan rumah. Katanya, langkah itu juga selaras dengan mandat…









