ALOR SETAR 30 April – Cadangan supaya kerajaan menggugurkan status agama dalam kad pengenalan merupakan satu lagi perkara pelik yang berlaku semasa pentabiran Pakatan Harapan (PH). Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata, cadangan itu juga menunjukkan bahawa pemimpin PH suka menghasut rakyat ke arah pemikiran negatif serta menanam kebencian. Kata beliau, sedangkan semasa di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), rakyat dididik untuk berfikiran baik dan tidak mempertikaikan perkara…










