KUALA LUMPUR 4 April – Saham-saham di Bursa Malaysia pulih pada penutupan hari ini berikutan dagangan yang lebih rendah sebelum ini, melantun hasil belian saham-saham wajaran tinggi dan saham murah. Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.86 mata untuk ditutup Khamis pada 1,645.07 berbanding 1,643.21 semalam. Indeks dibuka 0.8 mata lebih tinggi kepada 1,644.01 dan bergerak antara 1,637.57 dan 1,645.61 sepanjang hari. Jumlah dagangan positif dengan kaunter…










