KUALA LUMPUR 9 April – Saham-saham di Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi hari ini, diheret turun oleh kerugian yang dicatatkan oleh Maxis, IHH Healthcare dan Axiata. Pada 12.30 tengah hari, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.30 mata kepada 1,641.05 berbanding 1,644.35 pada penutupan Isnin. Indeks turun naik antara 1,645.56 dan 1,639.67 di sepanjang sesi pagi. Di papan skor, kaunter rugi mengatasi kaunter untung…










