KUALA LUMPUR 10 April – Bursa Malaysia ditutup rendah buat hari kedua berturut-turut hari ini susulan jualan saham wajaran tinggi, bagi mengelak risiko, disebabkan oleh faktor luaran. Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.48 mata kepada 1,639.46 daripada 1,641.94 semalam, ekoran kerugian dalam saham-saham PetChem, Axiata, Malaysia Airports dan Maybank. Indeks yang dibuka 0.11 mata lebih rendah pada 1,641.83, turun naik antara 1,635.89 dan…










