KUALA LUMPUR – Buku autobiografi tulisan penyanyi, Siti Nordiana Alias yang bertajuk Lifes Goes On telah dinobatkan sebagai Buku Umum Terbaik di Anugerah Buku Negara 2019 pada Isnin lalu. Siti Nordiana atau mesra disapa Nana meluahkan rasa syukur dan terharu atas penghargaan yang diterima atas usahanya berkongsi kisah hidup menerusi buku tersebut. “Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pengiktirafan ini dan ternyata usaha saya selama dua tahun untuk menyiapkan penulisan buku Lifes…









