Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pernah mengakui menjadi pemimpin kerajaan bukanlah suatu perkara yang mudah berbanding ketika bergelar pembangkang. Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara berkata, ketika menjadi pembangkang amat mudah kerana hanya perlu membangkang dan mencari kelemahan pihak lawan. “Bagaimanapun, sekarang setiap patah kata akan dianalisis oleh kawan dan lawan. Kalau tersalah cakap, kita kena betulkan segera. Susah rupanya jadi pemerintah. “Dahulu kalau di pentas ceramah, lagi kita pandai…










