MIRI 11 April – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 80,000 liter minyak diesel dan sebuah bot tongkang dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1 juta dalam serbuan di Global Dockyard, Jalan Kuala Baram Miri, semalam. Pegawai Pemerintah PGA Batalion 12 Miri, Superintenden Tan Hiap Seng berkata, serbuan kira-kira pukul 2.40 petang itu dijalankan bersama sepasukan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri Sarawak. “Kita telah menahan seorang…









