IPOH – BookXcess, pemilik rangkaian kedai buku serta penganjur pesta buku Big Bad Wolf membuka premis kesembilannya yang terletak di lokasi tumpuan pelancong iaitu Kong Heng Square di Jalan Sultan Yusof di sini hari ini. BookXcess Kong Heng Square terletak di premis dua tingkat yang dahulunya merupakan sebuah bank sebelum diubahsuai tetapi masih mengekalkan seni bina asal. Ia merupakan premis kedua BookXcess di luar Lembah Klang selepas Gurney Paragon Mall…










