NAMPAKNYA isu siapa berkuasa melantik Menteri Besar Johor semakin panas. Bagaimanapun Awang berpendapat, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mampu menenangkan keadaan. Sebagai seorang berpengalaman selok belok pentadbiran Johor dan pernah menjadi menteri besar selama dua penggal, Muhyiddin pasti memahami siapa mempunyai kata pemutus dalam hal ini. Sebab itulah beliau berpendapat soal siapa lebih berkuasa tidak sepatutnya wujud dalam mencari pengganti Datuk Osman Sapian kerana kata beliau: “Sultan akan memutuskan berdasarkan nama yang dikemukakan parti majoriti.” Sememangnya Undang-Undang Tubuh Johor adalah jelas dalam perkara itu. Sudah pasti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya