PEMBENTANGAN kertas putih Felda di Dewan Rakyat semalam menjawab segala persoalan mengenai kemelut yang melanda agensi tersebut sekian lama. Satu persatu sudah dijelaskan dan dibentangkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Awang percaya pembentangan itu mampu memberi nafas baharu bukan sahaja kepada pengurusan Felda khususnya dari segi integriti dan tadbir urus yang baik tetapi juga mampu membela nasib peneroka. Penghapusan kadar faedah di atas pinjaman sara…









