Bilik bujang ala hotel kapsul serendah RM100 sebulan - Utusan Malaysia

Bilik bujang ala hotel kapsul serendah RM100 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 April – Permohonan mendiami Perumahan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dibuka kepada golongan bujang B40 yang bekerja di sekitar ibu kota pada awal bulan Ogos ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Hisham Ahmad Dahlan berkata, pihaknya akan membuka sebanyak 323 permohonan yang mana akan dibahagikan kepada dua fasa iaitu sebanyak 188 pada fasa pertama manakala 135 bagi fasa kedua.

“Konsep yang dilaksanakan adalah sewa bilik secara berkongsi. Sebanyak empat atau enam katil akan disediakan di setiap bilik mengikut keluasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk katil dan almari dengan harga sewa RM100 sebulan termasuk penggunaan elektrik dan air,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Orang ramai yang berusia 18 hingga 35 tahun boleh membuat permohonan secara dalam talian di http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah . – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini