ALOR SETAR – Seorang lelaki yang merupakan bilal sebuah masjid di Kuala Nerang dekat sini ditemui mati lemas di tali air di Batu 8, Simpang Empat di sini hari ini. Mayat Mohd. Khairuddin Ahmad, 33, ditemui orang awam dalam keadaan but getah dipakainya tersangkut pada pukat kira-kira pukul 4 petang. Rakannya, Abdul Jalil Abdul Majid, 63, berkata, mangsa ketika kejadian sedang memukat ikan sebelum dipercayai lemas di dalam tali air…










