REMBAU 6 April – Pembeli-pembeli projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Rantau menuntut penjelasan pihak berwajib berhubung status pembinaan projek tersebut yang sehingga kini masih belum disiapkan, malah tahap kemajuannya juga bergerak perlahan. Mereka menuntut penjelasan sewajarnya daripada Perbadanan PR1MA Malaysia serta pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana rata-rata pembeli sudah mula membayar ansuran pinjaman perumahan masing-masing. Seorang wakil pembeli, Azezam Shah Zambri, 35 berkata, projek PR1MA Rantau sepatutnya disiapkan…










