PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempunyai beberapa nama untuk dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi diangkat sebagai Menteri Besar, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Mungkin dua atau tiga calon,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai calon Menteri Besar Johor selepas Datuk Osman Sapian melepaskan jawatannya pada Isnin lepas. Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri, ditemui selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Agensi Penguatkuasaan Maritim…








