Bersatu Johor nafi bergolak - Utusan Malaysia

Bersatu Johor nafi bergolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 April – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menafikan kini diambang pergolakan susulan peletakkan jawatan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar kelmarin.

Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Senator Ir. Md. Nasir Hashim berkata, parti tersebut masih stabil, tenang dan tiada sebarang pergolakan.

“Datuk Osman selaku Pengerusi Bersatu negeri kini bercuti dan saya menjalankan tugas parti sehingga beliau kembali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akar umbi parti terutama ketua bahagian juga akur kepada ketetapan pucuk pimpinan malah nama dalam kalangan pimpinan Bersatu Johor yang disebut-sebut bakal menggantikan Osman sebagai Menteri Besar juga disenangi kami, “ katanya ketika dihubungi.

Mengenai senarai calon Menteri Besar daripada Bersatu, beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan senarai nama pemangku Menteri Besar untuk dinilai pucuk pimpinan dalam masa terdekat.

Md. Nasir berkata, langkah itu dibuat berikutan permintaan pucuk pimpinan supaya senarai nama untuk mengisi jawatan pemangku Menteri Besar segera diserahkan untuk penilaian.

Jelasnya, Bersatu Johor akan memanggil semua ketua bahagian menghadiri mesyuarat khas yang akan diadakan sehari dua ini di Ibu pejabat negeri bagi memutuskan tiga hingga empat nama calon sesuai bagi mengisi jawatan pemangku Menteri Besar.

Perdana Menteri pagi ini dilaporkan berkata, kerajaan sedang meneliti beberapa nama untuk dilantik sebagai pemangku Menteri Besar Johor.

Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, pengumuman siapa yang bakal menjadi pemangku Menteri Besar Johor akan dibuat secepat mungkin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini