Umpama lilin membakar diri bagi menerangi orang lain. Itu pepatah yang sesuai bagi menggambarkan kerjaya seorang pensyarah atau pendidik yang bertungkus lumus menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak bangsa dalam mewarisi pimpinan sesebuah negara. Kerjaya mulia itu memerlukan kesabaran dan ilmu yang mencukupi kerana untuk menyampaikan ilmu pengetahuan memerlukan teknik-teknik pengajaran yang baik. Rasa cinta yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan mendorong seorang tenaga pengajar bekerja keras menyiapkan bahan pengajaran dan…










