KUALA LUMPUR 14 April – Kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC menjalin kerjasama bersama peruncit barangan sukan terbesar Malaysia, Al-Ikhsan Sports sekali gus memudahkan peminat mendapatkan akses barangan rasmi kelab berkenaan di negara ini. Berita gembira buat peminat Liverpool FC di negara ini itu diumumkan oleh kelab berkenaan dalam satu kenyataan di laman web rasmi www.liverpoolfc.com. Pengarah barang dagangan Liverpool FC, Mike Cox berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kehadiran Al-Ikhsan dalam…










