KUALA LUMPUR 4 April – Cabaran beregu lelaki negara dalam kejohanan badminton Terbuka Malaysia berakhir selepas dua wakil terakhir tewas sewaktu pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini. Kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 750 itu menyaksikan finalis All England, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan kecemerlangan mereka apabila tunduk 9-21, 16-21 kepada pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang kini dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, Tan Kim Her. Teo Ee Yi yang menyambut hari lahir ke-26 hari ini bersama pasangannya, Ong Yew Sin juga gagal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya