KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembentangan semula pindaan Perlembagaan Persekutuan selepas tidak berjaya mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat semalam akan bergantung kepada keperluan. “Bentangkan semula? Itu mungkin kemudian, kita akan bincang perkara ini dengan mereka,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Semalam, usaha kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada…










