KUALA LUMPUR 9 April – Sebanyak 200 belia melepasi ujian potensi dalam Kem Pemilihan Peserta Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2019 yang diadakan di Batu Gajah, Perak baru-baru ini. Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang berlangsung selama empat hari itu sekali gus melayakkan mereka mewakili negara ke mana-mana program pertukaran belia di peringkat antarabangsa. Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) memaklumkan peserta tersebut dinilai daripada semua aspek antaranya disiplin, kerjasama,…










