Bekas Penolong Eksekutif Felcra Changkat Jong direman - Utusan Malaysia

Bekas Penolong Eksekutif Felcra Changkat Jong direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 5 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas Penolong Eksekutif Felcra Urus Estet Changkat Jong selepas dipercayai menyalah guna kuasa bagi mendapatkan pemilikan 13 lot tanah di bawah Projek Tanah Milik Felcra Berhad.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini terhadap suspek berusia 56 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Azuratul Akmar Abdul Ghafar di sini hari ini.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh dengan diiringi para pegawai kira-kira pukul 11.45 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suspek yang ditangkap selepas memberikan keterangan di SPRM Perak pada pukul 11.17 malam semalam, ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini