BERTEMU. Seramai 35 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau (URESS) batch 1993-1997 telah bertemu semula selepas 22 tahun meninggalkan alam persekolahan dalam satu majlis di Restoran Wadi Ar-Raudhah, Taman Seri Rahang, Seremban baru-baru ini. Pengerusi program, Mohd. Azlee Yacub berkata, pihaknya bersyukur apabila majlis yang dirancang selama dua bulan lalu akhirnya berjalan dengan lancar. “Tujuan program itu diadakan ialah untuk menjalin kembali hubungan yang telah lama terpisah selain mengimbau semula kenangan ketika alam persekolahan,” katanya. Pelbagai acara diadakan sepanjang program itu seperti makan tengah hari, cabutan bertuah dan lain-lain.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya