Bekas ADUN Bandar Baharu meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas ADUN Bandar Baharu meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM 12 April – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Husain Abd. Rahman, 74, meninggal dunia di Hospital Daerah Kulim di sini, hari ini.

HUSAIN ABD. RAHMAN
HUSAIN ABD. RAHMAN 

Anak sulungnya, Husni Abd. Rahman, 50, ketika ditemui di sini berkata, Allahyarham bapanya itu dimasukkan ke hospital tersebut sejak Rabu lalu kerana mengalami jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.

Kata beliau, sepanjang menerima rawatan, keadaannya walau bagaimanapun bertambah serius dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital kira-kira pukul 3 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Untuk rekod, Allahyarham pernah menjadi ADUN Bandar Baharu dari 1990-1995.

Husain juga pernah menjadi Setiausaha Sulit Kementerian Luar Negeri antara 1984-1986, Setiausaha Sulit Kementerian Kemajuan Tanah & Wilayah (1988-1990), Setiausaha Politik Kementerian Pelancongan (2000-2004) dan Setiausaha Politik Kementerian Penerangan (2004-2005). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini