JOHOR BAHRU – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan 26 hari meninggal dunia dipercayai tersedak susu di rumah pengasuhnya di Jalan Merdeka, Kampung Melayu Majidee, di sini, semalam. Bapa mangsa, Mohd. Hafez Mohamed berkata, dia mendapat maklumat mengenai kejadian yang menimpa anaknya, Haraz daripada pengasuh kira-kira pukul 2 petang. “Saya sampai sahaja di rumah pengasuh, pengasuh serahkan anak kepada saya dalam keadaan dia menangis dan dia cakap dia tak tahu…










