Bayi masih bertali pusat ditemui depan rumah - Utusan Malaysia

Bayi masih bertali pusat ditemui depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Seorang wanita bergegas pulang ke rumahnya di Taman Desa Kundang, Rawang di sini selepas dimaklumkan oleh anaknya tentang penemuan seorang bayi perempuan di hadapan rumah mereka pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, bayi tersebut ditemui oleh anak wanita itu kira-kira pukul 10.50 pagi di hadapan pintu rumah mereka dalam keadaan berbalut kain batik dan plastik. 

“Susulan penemuan itu, wanita berkenaan yang bekerja di Kepong telah dihubungi oleh anaknya dan bergegas pulang sebelum tiba di rumah kira-kira pukul 12.20 tengah hari bagi memeriksa keadaan bayi yang masih bertali pusat itu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Wanita berkenaan kemudiannya melaporkan penemuan itu kepada pihak polis dan bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Samsor, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu agar tampil membantu siasatan.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini