GERIK 25 April – Tanda tanya mengenai bau busuk dari sebuah rumah di Taman Seri Bayas di Pengkalan Hulu dekat sini terjawab dengan penemuan mayat seorang wanita warga emas semalam. Mayat pesara guru berusia 66 tahun itu dijumpai dalam keadaan terlentang di bahagian pintu utama bilik rumah berkenaan oleh jirannya pada pukul 6.20 petang. Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, pihaknya menerima aduan bau busuk itu…










