GEORGETOWN – Seramai 30 individu termasuk 24 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cemas seketika apabila bas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mereka naiki mengalami kerosakan sebelum terbakar pada bahagian enjin semalam.
Kejadian kira-kira pukul 9 pagi di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu itu berlaku ketika kesemua individu berkenaan dalam perjalanan dari pusat tahanan berpusat di Bayan Baru menuju ke Mahkamah Majistret Georgetown.
Jarak antara kedua-dua lokasi berkenaan adalah kira-kira 20 kilometer.
Memuatkan artikel berkaitan…
Difahamkan, bas berkenaan mengalami kebakaran pada bahagian enjin menyebabkan kesemua tahanan terpaksa dibawa ke mahkamah menggunakan 10 buah kereta.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











