LONDON – Kanak-kanak kadangkala sukar dijaga tetapi ada ibu bapa menggunakan cara bijak untuk menjadikan tugas mereka lebih mudah walaupun sesetengahnya agak luar biasa.
Laman web Gosocial dan Ranker mengumpulkan antara kaedah unik dalam menjaga anak-anak daripada bapa di seluruh dunia baru-baru ini.
Ia termasuk seorang bapa yang mengikat bayi perempuannya dengan rambutnya bagi memastikan anak kecil itu tidak terjatuh ketika diletakkan di atas bahu.
Seorang lagi bapa menyelesaikan masalah sukar mengecam kembar seirasnya dengan mencukur rambut untuk membentuk nombor satu dan dua pada kepala mereka.
Gambar mereka disiarkan oleh laman web itu termasuk seorang bapa lain yang melekatkan senarai barang runcit yang perlu dibeli pada kepala anaknya bagi memastikan ia tidak hilang. – Agensi











