TUMPAT 9 April – Seorang bapa melecur di lengan kiri ketika cuba menyelamatkan dokumen penting selepas rumahnya di Lorong Haji Kadir, Kampung Bukit, di sini terbakar awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul 5.15 pagi itu mangsa Juhar Zakaria, 41, sempat mengejutkan isteri serta enam anaknya berusia 13 hingga dua tahun daripada rentung. Juhar berkata, kebakaran itu disedarinya selepas terhidu bau asap dan dikejutkan dengan bunyi api yang sedang marak membakar…










